Warning: array_merge(): Argument #1 is not an array in /home/realestatenet/public_html/forum/archive/index.php on line 76
Malaysia Real Estate :: View topic - Bayu Courtyard Home @ Taman Balakong Jaya

 


    HOME  -    PROPERTY ADS   -   DISCUSSION FORUM   -   REALTORS   -   LINKS    -   CONTACT US



Realtors and Real Estate Agents - Sign Up for Free Account at Property.net.my >>


Malaysia Real Estate
Malaysia Real Estate Portal
 
 FAQFAQ   SearchSearch   UsergroupsUsergroups   RegisterRegister 
 ProfileProfile   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log inLog in 

Bayu Courtyard Home @ Taman Balakong Jaya
Goto page Previous  1, 2, 3 ... 45, 46, 47, 48, 49, 50  Next
 
Post new topic   Reply to topic    Malaysia Real Estate Forum Index -> Property Investment
View previous topic :: View next topic  
Author Message
GiNJaL



Joined: 03 Mar 2008
Posts: 181
Location: Petaling Jaya

PostPosted: Wed Jan 21, 2009 9:54 am    Post subject: Reply with quote

Betullah cakap isilo tu. Sebenarnya, kita report polis ni utk formaliti jer. Kalau kata rumah ada insurans kecurian, dengan adanya report polis ni ianya mengesahkan kejadian tsbt dan baru boleh buat claim. Kalau nak kira logik, satu hari berapa ribu rumah di seluruh malaysia yg kena pecah (baru pecah umah, belum bunuh, rompak, ragut, penipuan, accident dll). Kalau polis nak siasat sume cam CSI tu, aku rasa negara kita ni dpd 27 juta penduduk, 26 juta tu kena jadik polis.

So, apa yg kita boleh buat ialah kita bantu polis utk kurgkan kerja dia yg remeh temeh ni iaitu pastikan rumah kita dikunci dgn pelbagai kunci yg selamat (benar2 selamat) atau kalau sesiapa yg kenal ustaz2 tu boleh laaa pasang 'dinding' kat umah. Asalkan kalau ada org yg niat x baik tu, dia x nampak langsung rumah kita. Ingat x kes dalam tempoh 2 bulan lepas, org pecah masuk kedai runcit di tganu x jumpa jalan keluar n suasana jadi gelap selama 3 hari sampai tuan kedai balik?
Back to top
View user's profile
hidayati



Joined: 30 Jan 2008
Posts: 64
Location: Seri Kembangan

PostPosted: Wed Jan 21, 2009 1:21 pm    Post subject: Sori saya menyampuk Reply with quote

tade niat nk kutuk sape2
cume nk share cite pasal crime kat area sini
cuma nk share care nk buat laporan polis kat sini.

btw, sy dh pdm cite tu. cam tak relevant plak nk cite kat sini.
sori sy menyampuk.
Back to top
View user's profile Yahoo Messenger
GiNJaL



Joined: 03 Mar 2008
Posts: 181
Location: Petaling Jaya

PostPosted: Wed Jan 21, 2009 3:17 pm    Post subject: Reply with quote

rilex laa hidayati. aku x kata apa2 pun pasal kutuk. What i'm trying to say is mmg area rumah kita ni 'panas' skit. So, polis pun skang x cukup tangan nak handle sumer case. So, apa yg terbaik kita boleh buat ialah self protection mcm cadangan yg aku bg tu. As in ur case, sebab dah pernah kena sekali, maybe u have an idea macam mana nak prevent bende ni dari jadi lagi.
Back to top
View user's profile
hidayati



Joined: 30 Jan 2008
Posts: 64
Location: Seri Kembangan

PostPosted: Wed Jan 21, 2009 3:35 pm    Post subject: Reply with quote

skrg lebih careful
Back to top
View user's profile Yahoo Messenger
isilo2



Joined: 17 Aug 2007
Posts: 54

PostPosted: Wed Jan 21, 2009 10:17 pm    Post subject: Reply with quote

bgs gak share your experience tu hidayati..at least kita tau la tahap kepansan kawasan kita nih..

kita usaha ape yg patut utk keselamatan rumah kita dan bertawakal jeh..
pencuri nih kalo nk masuk rumah kita pasang lock brand gajah pun dia bleh masuk..tp kita usaha yg terbaik n termampu

ginjal..takde plak dengor cite kat ganu tu..ade kuar paper ke?

guna pendinding pun ok gak tu..pastikan ustaz yg betol
Back to top
View user's profile
bangau



Joined: 24 Feb 2008
Posts: 105

PostPosted: Thu Jan 22, 2009 12:19 am    Post subject: Reply with quote

Amalkan baca ayat Qursi 7 kali selalu di kawasan rumah. Itu pendinding jugak.

apa cerita ajk penaja?
Back to top
View user's profile
GiNJaL



Joined: 03 Mar 2008
Posts: 181
Location: Petaling Jaya

PostPosted: Thu Jan 22, 2009 9:25 am    Post subject: Reply with quote

isilo2 wrote:
bgs gak share your experience tu hidayati..at least kita tau la tahap kepansan kawasan kita nih..

kita usaha ape yg patut utk keselamatan rumah kita dan bertawakal jeh..
pencuri nih kalo nk masuk rumah kita pasang lock brand gajah pun dia bleh masuk..tp kita usaha yg terbaik n termampu

ginjal..takde plak dengor cite kat ganu tu..ade kuar paper ke?

guna pendinding pun ok gak tu..pastikan ustaz yg betol
Serius syuk. X caya hang tanya org NST kat bayu ni.

Pencuri yg kena tangkap tu kata bila dia pecah masuk je kedai runcit tu, terus jadi gelap gelita dan xde pintu langsung nak kuar. Kebetulan plak, tuan kedai tu (kedai runcit cum rumah) balik kampung 3 hari. So, bila tuannya balik bukak pintu kedai, nampak ada org hampir nak pengsan kelaparan kat dalam kedainya. Adalah tidak logik kalau org masuk kedai runcit xde jumpa makanan + minuman. So, lepas bagi makan n minum, terus diorg bagi kat polis. Tapi x lah pulak tuan kedai tu ngaku ada pakai dinding.
Back to top
View user's profile
walksay



Joined: 07 Feb 2007
Posts: 471
Location: Bayu Courtyard Home TBJ

PostPosted: Thu Jan 22, 2009 2:33 pm    Post subject: Reply with quote

sori la brader2..
aku tak involve ngan latest build up.
anak aku plak masuk spital...

pasal isu pecah rumah tu, semua atas qada' dan qadar la.
tapi yg penting dan perlu kita buat ialah
ambik langkah keselamatan yg sewajarnya dan tawakkal kepadaNya.

ada jugak rumah org yg sambil lewa jer keselamatan dia pahtu
ahli maksiat, tak kena pecah rumah...ada yg sebalik nyer.
kalau nak jadi jugak, kena tawakkal dan redha jer la...

pasal grill pintu depan/dapur, make sure 'telinga' dia pasang belah
dalam rumah. lock mangga dari dalam..susah sikit nak potong lock
or telinga tu dari luar.

then pintu sliding, sendal kayu dari dalam jugak. letak kat bawah tu.
susah sikit org nak cungkil dan tolak dari luar..jugak grill sliding tu boleh taruk yg jenis clamp tu dan ada cover atas dia..susah la org nak potong
dari luar.

at least kita berusaha la...makna nyer pencuri yang cokia tak dapat la
masuk. kecuali pencuri pro yg cukup alatan canggih dia....tak dapek
eh den nak nolong..

apa yg hidayati tu crite pasal crime kat area kita? aku tak sempat baca.
Back to top
View user's profile
GiNJaL



Joined: 03 Mar 2008
Posts: 181
Location: Petaling Jaya

PostPosted: Thu Jan 22, 2009 10:44 pm    Post subject: Reply with quote

wak seh,
anak nko masuk spital? sakit apa? x kabo pun. at least boleh kitorg melawat. so, skang dah sihat ker?

tips yg nko bagi tu mmg berguna. ada yg aku telah praktikkan cuma ada sedikit tambahan iaitu kalau balik kg lama contohnya weekend ni, letak tong gas kat pintu dapur tu rapat2. at least kalau diorg nak tendang pintu, mmg bergegar kaki bila bertemu tong gas, pas tu atas tong gas tu letak laaa periuk so that bila tong gas tu bergoyang bila kena sepak, mesti bunyi bising periuk jatuh.
Back to top
View user's profile
walksay



Joined: 07 Feb 2007
Posts: 471
Location: Bayu Courtyard Home TBJ

PostPosted: Fri Jan 23, 2009 9:15 am    Post subject: Reply with quote

virus in the blood called 'ROTA'.
causing fever, vomitting and diarrhea.

sebab anak aku tu payah betul makan ubat,
terpaksa lepak kat hospital la..masuk air 5-6 botol
then cucuk ubat ikut wayar air tu...
Back to top
View user's profile
walksay



Joined: 07 Feb 2007
Posts: 471
Location: Bayu Courtyard Home TBJ

PostPosted: Fri Jan 23, 2009 9:21 am    Post subject: Reply with quote

Rotavirus is a genus of double-stranded RNA virus in the family Reoviridae. It is the leading, single cause of severe diarrhea among infants and young children.[1] By the age of five, nearly every child in the world has been infected with rotavirus at least once.[2] However, with each infection, immunity develops, subsequent infections are less severe,[3] and adults are rarely affected.[4] There are seven species of this virus, referred to as A, B, C, D, E, F and G. Rotavirus A, the most common, causes more than 90% of infections in humans.

Rotavirus is transmitted by the faecal-oral route. It infects cells that line the small intestine and produces an enterotoxin, which induces gastroenteritis, leading to severe diarrhea and sometimes death through dehydration. Although rotavirus was discovered in 1973[5] and accounts for up to 50% of hospitalisations for severe diarrhoea in infants and children,[6] its importance is still not widely known within the public health community, particularly in developing countries.[7] In addition to its impact on human health, rotavirus also infects animals, and is a pathogen of livestock.[8]

More than 500,000 children under five years of age die from rotavirus infection each year,[9] and almost two million more become severely ill.[7] In the United States, rotavirus causes about 2.7 million cases of severe gastroenteritis in children, almost 60,000 hospitalisations, and around 37 deaths each year.[10] Public health campaigns to combat rotavirus focus on providing oral rehydration therapy for infected children and vaccination to prevent the disease.[11]
Back to top
View user's profile
bangau



Joined: 24 Feb 2008
Posts: 105

PostPosted: Fri Jan 23, 2009 3:15 pm    Post subject: Reply with quote

Well Wak Sir, hope your child is recovering.

So, kita kekurangan ahli, jadi saya harap semua orang sanggup turun padang dan tolong tubuhkan AJK bersama sama. Bila call polis minta tolong buat rondaan apa semua, soalan pertama ditanya, Ada persatuan tak?

So sket bosan la kalau tak ada, dan jangan la harap pada orang lain untuk tubuhkan. Itu sungguh la sifat melayu tulen sejati. Jangan sampai dah kena batang hidung sendiri, nanti malu. Macam ada orang tu la kan, dulu marahkan pak guard, sekarang tuhan sudah tunjuk.

Walaupun pak guard tu mungkin tak tinggi pelajaran dia, jangan la kita pandang hina. Semangat kejiranan amat penting. Aku respect betul pada komuniti Chinese kat area kita dan keliling.

Hari tu kita ada jemput orang datang nak terangkan cara buat persatuan, kita jemput ramai. Tapi chinese neighbours kita sampai 10 orang turn up. I thanked them for their effort and the committment they have shown.

Siapa rasa malu, sorry la. Aku kerja suratkhabar, memang straight forward bang. Hehehe...
Back to top
View user's profile
anis_salwati



Joined: 25 Feb 2008
Posts: 34
Location: Kuala Lumpur

PostPosted: Sat Jan 31, 2009 3:42 pm    Post subject: Reply with quote

Tak ada ajak atau inform pun?
Back to top
View user's profile Yahoo Messenger MSN Messenger
spybaba



Joined: 15 Mar 2008
Posts: 4

PostPosted: Sat Jan 31, 2009 11:40 pm    Post subject: Reply with quote

walksay wrote:
ye......ye...
jum meeting kat taqwa....

polis beat base tu ok jugak..
tapi jangan jadik mcm beat base kat chowkit dah le..
kena tutup sebab kawasan tak selamat ????
haram jaddah nyer polis..nak jaga tempat selamat jer..


Salam walksay...perghhh...teruknya ko kutuk polis...merekapun manusia gak mcm kita bukan superman.... mungkin ada sebab lain pondok polis tu tutup, kita x tau, tp mereka lbh tau esp dr segi strategi dsb. Wallahua'lam... Bayangkan kalau x de polis, kita nak tido pun x lena... dia org tugas 24 jam bergilir nak pastikan kita tidur lena, keluar rumah pagi belum tentu dpt jumpa keluarga semula, mungkin balik dah jadi arwah.... besar pengorbanan mereka, kita fikir sudut positif je la.... kalau kita fikir negatif semua jadi negatif..... kalau letak polis mcm cerita bollywood mungkin semua settle sebab mereka tu super police...semua boleh buat....hehe....lagipun PDRM cuma ada lbh kurang 90,000 personnel je, population kita brp juta......? nak jaga semua org memang imposible, tp mereka terus bekerja keras nak pastikan kita selamat..... barangkali di kejiranan kita ada polis tinggal di situ....Wallahua'lam...
Back to top
View user's profile
bangau



Joined: 24 Feb 2008
Posts: 105

PostPosted: Mon Feb 02, 2009 2:17 am    Post subject: Reply with quote

Ntah la, yang pasti kadar jenayah memang naik dan aku tak nampak langsung polis pertingkatkan kerja merayau mereka di area kita.

Dan yang memang pasti ialah bapak segala polis kat malaysia boleh keluarkan cadangan nak haramkan motor di kawasan KL sebab nak kawal jenayah.

Kalau macam tu, kita haramkan kereta dari masuk ke jalanraya sebab kadar kemalangan pun semakin meningkat.
Back to top
View user's profile
walksay



Joined: 07 Feb 2007
Posts: 471
Location: Bayu Courtyard Home TBJ

PostPosted: Mon Feb 02, 2009 9:21 am    Post subject: Reply with quote

kalau kita biasa berurusan dengan pihak polis, kita tahu la
rasa mcm mana. nak kutuk ker nak bela...
sebab tu aku kutuk.....haha....

kalau hanya 10-20% je positif pasal polis, mcm mana nak kita
pikir positif pasal depa...tenggelam dek unsur negatif.
Back to top
View user's profile
spybaba



Joined: 15 Mar 2008
Posts: 4

PostPosted: Mon Feb 02, 2009 1:00 pm    Post subject: Reply with quote

hina betul jadi polis ni kan.....jom kita usulkan kerajaan tamatkan perkhidmatan polis.....biar tak ada polis lagi bagus.....
Back to top
View user's profile
walksay



Joined: 07 Feb 2007
Posts: 471
Location: Bayu Courtyard Home TBJ

PostPosted: Mon Feb 02, 2009 5:48 pm    Post subject: Reply with quote

kamon la spybaba, jangan la cepat sangat taruk noktah..
kita sangat perlukan pihak polis.
tapi pihak polis yg betul2 cekap, betul dan 'amanah'.
mcm mana caranya nak pastikan mereka begitu?
kita gasak mereka cukup2 kalau dioang buat kerja tak betul..
baru la improve...itu yg kita mahu...
bukan nyer terus tutup borang permohonan menjadi ahli polis..
hehe..

bukan jawatan polis tu yg hina...tapi org yg menjawat nya dan menguruskanya yg membentuk samada hina ke tidak...

sama jugak jawatan imam....kalau yg jadik imam tu tak reti hukum hakam, fiqh dsb nyer.....
tak kan kita nak kata hina jawatan imam pulak kan...

hidup POLIS yg bersih rasuah!
hidup POLIS yg cekap dan amanah!
hidup POLIS yg takutkan tuhan dari orang!
Back to top
View user's profile
walksay



Joined: 07 Feb 2007
Posts: 471
Location: Bayu Courtyard Home TBJ

PostPosted: Mon Feb 02, 2009 6:00 pm    Post subject: Reply with quote

sama jugak dalam kes KUGAN,

polis yg tangkap macha tu dan selesaikan kes 15 buah kete mewah
yg dia curik, ini POLIS BAIK. polis yg mcm mana ni kita perlukan.

polis yg dera mamat tu sampai mati, ini POLIS TARAK BAIK.

kalau ada polis yg potong tangan mamat tu, ini pun POLIS BAIK.
hehe..
Back to top
View user's profile
spybaba



Joined: 15 Mar 2008
Posts: 4

PostPosted: Mon Feb 02, 2009 7:16 pm    Post subject: Reply with quote

walksay wrote:
kamon la spybaba, jangan la cepat sangat taruk noktah..
kita sangat perlukan pihak polis.
tapi pihak polis yg betul2 cekap, betul dan 'amanah'.
mcm mana caranya nak pastikan mereka begitu?
kita gasak mereka cukup2 kalau dioang buat kerja tak betul..
baru la improve...itu yg kita mahu...
bukan nyer terus tutup borang permohonan menjadi ahli polis..
hehe..

bukan jawatan polis tu yg hina...tapi org yg menjawat nya dan menguruskanya yg membentuk samada hina ke tidak...

sama jugak jawatan imam....kalau yg jadik imam tu tak reti hukum hakam, fiqh dsb nyer.....
tak kan kita nak kata hina jawatan imam pulak kan...

hidup POLIS yg bersih rasuah!
hidup POLIS yg cekap dan amanah!
hidup POLIS yg takutkan tuhan dari orang!


betul gak kata ko..... aku rasa pun tak semua polis tu tak baik....ramai yang baik...beriman lagi..., polis pun sekarang dah ada unit agama dan kaunselingnya sendiri di seluruh negara, mereka sedang menuju ke arah penbambahbaikan moral.... kalau solat jumaat di masjid bukit aman pak imam dia ustaz polis, ada yang pangkat DSP lagi dan dapat tauliah jadi jurunikah.....aku rasa ramai lagi yang baik2 dalam polis....biasalah merekapun ada nafsu dan iman....yang ikut nafsu jadi jahanam, yang ikut iman jadi baik....itulah sebabnya Allah cipta syurga dan neraka...yang penting kalau dia orang buat salah depan mata kita, buat report...itu sebaik-baik iman mencegah kemungkaran dengan perbuatan..... merapu je aku ni....
Back to top
View user's profile
GiNJaL



Joined: 03 Mar 2008
Posts: 181
Location: Petaling Jaya

PostPosted: Tue Feb 03, 2009 9:32 am    Post subject: Reply with quote

Huhuhu. Lama dah x bukak forum ni dah macam2 citer plak. Spybaba, bila mau masuk rumah?

Citer pasal polis ni, ianya terpulang pada individu tu sendiri. Ada yg experience x baik, kata laa polis x baik. Begitu lah sebaliknya. Anyway, kalau dari pengamatan aku, mmg x dinafikan ada polis yg baik. Tapi, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kenapa jadi macam tu? Sebab gaji polis ni kecik. Xde overtime plak tu. Pastu, kena keja 24 jam sehari. Raya cuti kena beku setiap tahun. Mana x tension. Dapat plak bila org komplen kat balai, ayat diorg semua macam nak kena penampar jer. So, lagi laaa diorg rasa x seronok keje.

Akan tetapi, x bermakna diorg tu x dibela oleh kerajaan. Pengumuman pak lah berkenaan kenaikan gaji kakitangan awam pada mei 2007 lalu menyatakan semua kakitangan awam akan diberikan kenaikan gaji antara 10-35% sebulan ikut pangkat. On top of that, perkhidmatan tentera dan polis dapat lagi extra sehingga 35% gaji sebab mengenangkan betapa susahnya jadi polis dan tentera. Dah dapat banyak macam tu, xkan x cukup lagi gajinya? Kenapa x cukup? Cuba nkorg tengok kat berek polis yang ada kat malaysia ni? Puratanya aku lihat majoriti polis pakai keter waja atau wira (paling cikai ler tu). Berapa bayor waja sebulan? Lepas tu plak, bukan standard katak je keter tu. Semua dah modified kaw-kaw. Lepas tu plak, tengok hengpon apa diorg pakai. Kalau masih pakai nokia 3210 tu mmg polis yg baik ler tu. Pastu, ramai juga yg bininya jadi suri rumah.

What i'm trying to say is, ukur baju badan sendiri. Nko keje polis, xkan lar nak belanja macam org keje businessman.... Aku ada dengar polis merungut kata gaji masih kecik lagi. Kamon laaa. Peringkat mana yg kecik tu? Prebet, koperal? Tengok laaa entry level dia aper? Kalau SRP atau PMR, xkan govt nak bagi gaji macam org yg SPM atau Diploma punya level. Ini bukan kerajaan berkebajikan. Pendek kata, semua org yg hidup kat dunia ni kena sedar diri di mana kita berpijak. Kalau dah kancil, xkan boleh nak berak gajah.

Sebabkan ada kes-kes org yg x hidup di bumi yg nyata ni yg jadi masalah rasuah dan sebagainya. Kenapa? Sebab nak tampung perbelanjaan mereka yg lebih dari pendapatan. Itu yg jadi kes polis lepaskan penjenayah, polis kena siasat BPR terima suapan dll. Pendek kata, gengster ni lebih 'mesra' dgn polis dari kita sbg org awam.

Tapi, aku simpati terhadap polis yg bekerja dgn seikhlas hati tapi masih x dapat reward yg sepatutnya. They work their asses day and nite tapi still overlooked by the top brass sebab diorg ikut buku.

By anyway, apa yg aku dapat lihat skrg ni, golongan yg berada 'tinggi di langit' ni sendiri yg telah menyemai sikap tidak hormat kepada polis. Seperti contoh bila buat perhimpunan haram, x kira laaa kes Anuar ke, hindraf ke, kugan ke, israel ke....... Bila polis beri arahan bersurai, wajib bersurai. Kalau x ikut, polis ada kuasa utk menangkap sebab ingkar perintah. Tup tup, keluar statement kata polis mencabuli hak asasi. Mcm kes yg tengah panas baru2 ni, sanggup politician mencabar kredibiliti polis dgn memerintahkan buat 2nd postmortem. Apa ni? Villain jadi hero plak? So, dgn adanya perkara-perkara sebegini, jadilah kes mat rempit belasah polis sampai koma, mat rempit langgar polis buat roadblock dll. Sebab perasaan takut kepada polis dan respect langsung takde.

So, pendek kata aku yg panjang giler ni, biarlah org lain x hormatkan polis. Tapi, yg pasti kita kena pastikan diri kita dan keluarga kita menghormati polis bukan saja sbg enforcer tetapi sebagai manusia. Jika kita x hormat depa, insyaAllah masa kita pula akan tiba nanti. Tanggungjawab kita sbg civillian ni adalah membantu pihak polis untuk membanteras jenayah sebaik mungkin.
Back to top
View user's profile
walksay



Joined: 07 Feb 2007
Posts: 471
Location: Bayu Courtyard Home TBJ

PostPosted: Tue Feb 03, 2009 12:16 pm    Post subject: Reply with quote

wah! inspektor shahab sudah turun padang..
bravo! bravo! ASP Ginjal...hehe..

tidak dinafikan, antara pekerjaan2 yg mulia dimukabumi ni
ialah anggota keselamatan (polis, tentera, jaga dsb), cikgu,
tukan kebun, org gaji, alam flora dan sebagainya yg mana
kerja2 diorang ni directly untuk kesejahteraan masyarakat...

kerja2 lain tu mulia jugak tapi indirectly la....

tapi bila ada yg jenis tak sedar dek untung, tak tau rasa nak
bersyukur dgn apa yg ada, asyik bandingkan dengan org kat atas
je dan tak pandang org yg dibawah, tu pasal kerja yg mulia jadi
hina.

tapi dalam bab polis, org yg berkuasa kat atas tu la menyebabkan
bidang kepolisian ni menjadi dipandang hina. anggota bawahan ni
ikut perintah jer. tapi perintah daripada manusia ni, kena la ikut
secara berpatutan. kalau suruhan tu bercanggah dengan syarak,
agama dan tuntutan fitrah, maka tak wajib la nak diikut.
kesalahan yg berpunca daripada anggota polis itu sendiri tanpa
arahan mana2 pihak atasan, itu adalah kerana depa kurang agama
jer la. tu pasal boss tak suruh makan rasuah (ada jugak la), depa pi
makan jugak. sendiri mau ingat la...

ada jugak depa tak nak rasuah tapi dreba yg terhegeh2 nak bagi
rasuah...kena pulak jenis iman seciput, bedal jugak akhirnya....

ASP Ginjal, dalam bab nila ngan susu dalam polis ni, aku rasa mcm
terbalik jer bidalan tu. dalam zaman sekarang ni, bidalan sebab nila
setitik rosak susu sebelanga tak boleh pakai dah. sudah tukar la jadik
walau setitik susu tak akan jernih nila sebelanga....
hehe....
Back to top
View user's profile
GiNJaL



Joined: 03 Mar 2008
Posts: 181
Location: Petaling Jaya

PostPosted: Tue Feb 03, 2009 12:32 pm    Post subject: Reply with quote

Wah wah, walksay,
Ceria jer hari ni. Aku tau kenapa. Gaya penulisan nko tu aku dah boleh tangkap. Secara tersiratnya nko nak kata yg Liverpool menang, kan? Hehehe. Congrats. Aku suka chelsea kalah. Ia telah buktikan bahawa kaya tak semestinye terer. Cuma man u bg 3, xkan liv 2 jer? hehehe.
Back to top
View user's profile
walksay



Joined: 07 Feb 2007
Posts: 471
Location: Bayu Courtyard Home TBJ

PostPosted: Tue Feb 03, 2009 3:20 pm    Post subject: Reply with quote

hehe...mana de maksud tersirat2....
2 cukup la...kalau 3 nanti tak ingat dunia pula en.rafa tu bercakap..

tapi aku tetap angin jugak bila transfer window ni SLAM!.
betapa baghal nyer si rafa ni. beli keane 20juta, lepas 6bulan
jual balik 14juta. 1 juta pound sebulan oooo belanja duduk
kat bangku simpanan... kalau dia bagi duit tu kat FAM, tak ke
meriah MSL kita....hehe...

tinggal la torres sebatang kara sehingga hujung musim...
kalau dia backup ngan Frederick 'Yahya' Kanoute kan ok...
Back to top
View user's profile
walksay



Joined: 07 Feb 2007
Posts: 471
Location: Bayu Courtyard Home TBJ

PostPosted: Tue Feb 03, 2009 3:36 pm    Post subject: Reply with quote

Renungan bersama (akhir2 zaman):

Al Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani dari Mazhab Syafi’i
-Pengarang Kitab Fathul Baari (Tafsir Shahih Bukhari)

Menurut pendapat Ibnu Hajar:
Umur umat Yahudi = umur umat Nasrani + umur umat Islam.

Para ahli sejarah mengatakan bahwa Umur umat Yahudi yang dihitung dari diutusnya Nabi Musa A.S hingga diutusnya Nabi Isa A.S adalah 1500 tahun.

Kemudian dengan adanya hadis:
Dari Salman Al Farisi ia bercerita bahwa “Masa-masa antara Isa A.S dan Muhammad S.A.W adalah selama 600 tahun”. [HR. Bukhari]

Sehingga umur umat Nasrani yang dihitung dari sejak diutusnya Nabi Isa A.S hingga diutusnya Nabi Muhammad S.A.W adalah 600 tahun.

Sehingga akan didapati:
Umur Yahudi = Umur Nasrani + Umur Islam
Umur Islam = Umur Yahudi – Umur Nasrani
= 1500 - 600 tahun;
= 900 tahun

Kemudian Ibnu Hajar dalam Kitabnya mengatakan adanya tambahan 500 tahun sesuai hadis marfu iaitu:

Dari Sa’ad bin Abu Waqqash, ia berkata bahwa Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Sesungguhnya aku berharap agar umatku tidak akan lemah di depan Tuhan mereka dengan mengundurkan (mengulurkan) umur mereka selama setengah hari”. Kemudian Sa’ad ditanyai orang: Berapakah lamanya setengah hari itu? Ia (Sa’ad) menjawab: “Lima ratus tahun”.
[hadis shahih riwayat Ahmad, Abu Dawud, Al Hakim, Abu Nu’aim dan disahihkan oleh Al Albani]

Jadi total umur Islam menurut Ibnu Hajar adalah 900 + 500 tahun = 1400 tahun, belum termasuk tambahan (kerana tidak mungkin umur itu bernilai genap)

Sekarang kita berada di tahun 1430 Hijriah (2009 Masehi), bererti sudah melewati lebih dari 1400 tahun itu. Sedangkan tambahan yang dimaksud itu mungkin adalah umur Nabi Muhammad S.A.W, karena Islam adalah agama yang dibawa oleh beliau. Juga ditambah dengan 13 tahun karena awal penulisan tahun Hijriah dimulai pada saat Rasulullah S.A.W hijrah ke Madinah. Dan 13 tahun adalah ketika beliau di Makkah.

Sehingga umur Islam adalah:
1400 + 63 (umur Nabi) + 13 (tahun sebelum hijrah) = 1476 tahun
Selepas 1476 iaitu 1477H, umur umat islam berakhir??

Jika dikurangi dengan masa kita hidup ini iaitu 2009 Masehi atau 1430 Hijirah, bererti 1477 – 1430 = 47 tahun.

“47 tahun adalah sisa umur umat Islam dari hari ini.” ???

Apakah tahun 2056 Masehi, Islam sudah hilang dari muka bumi???

Hanya ALLAH yang mengetahuinya. Maka sebagai manusia yang berakal dan beriman, sudah sepantasnya kita bersiap sedia dengan mempersiapkan dan memperbaiki segala amal ibadah.

APA YANG TERJADI JIKA UMUR UMAT ISLAM SUDAH BERAKHIR???
===========================================
Setelah umur umat Islam berakhir (ditandai dengan wafatnya Nabi Isa Al-Masih), maka setelah itu kita orang Islam masih hidup. Ada yang mengatakan selama 40 tahun lagi. Namun selama itu tidak ada lagi mualaf (orang yang masuk Islam) dan syahadat yang diterima [artinya tidak ada lagi orang yang diterima masuk Islam], tidak ada lagi tobat yang diterima, karena pada akhir Umur Umat Islam itu matahari akan terbit dari arah Barat. Kemudian manusia akan kembali kepada kekafiran dan kemunafikannya, bahkan lebih maharajalela lagi.

Menurut hadis Abu Dawud, Khalifah Imam Mahdi akan memimpin dunia selama 7 tahun. Sedangkan menurut hadis Thabrani, Al Bazaar dan Abu Nua’im, Imam Mahdi akan bersama umat muslim selama 7, 8 atau 9 tahun. Jadi, kita ambil yang paling memiliki kesamaan iaitu 7 tahun.

Dan masa Khalifah Nabi Isa adalah 40 tahun menurut hadis Abu Dawud.

Sehingga kemungkinan tahun keluarnya Imam Mahdi adalah:
1477 – 7 – 40 = 1430 Hijriah

Beerti, insya-ALLAH Imam Mahdi akan hadir untuk memenangkan Islam atas dunia iaitu tahun 2009 Masehi, tahun ini???

Hanya ALLAH sahaja yg mengetahuinya.
Wallahuallam..
Back to top
View user's profile
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Malaysia Real Estate Forum Index -> Property Investment All times are GMT + 8 Hours
Goto page Previous  1, 2, 3 ... 45, 46, 47, 48, 49, 50  Next
Page 46 of 50

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum



This is a free forum intended to foster communication between all users.
Hileytech Sdn Bhd does not guarantee the correctness or validity of postings, nor does Hileytech endorse any postings. No posting or contents in this forum can be copied and reproduced without prior permission from Hileytech and the owner of the posting. All other names and marks are trade names, trademarks or registered trademarks of their respective owners.
Powered by phpBB, Another web site by www.hileytech.com,Forum Archive
Tel : +603-89449965, +603.89449365 ::  Fax : +603-89440665 :: hiley@hileytech.com